Sunday, November 3, 2013

Beg Kalis Hujan


Beg Biru Firus @ Turqoise Berlapis Kuning.




Harga RM48

Pada musim hujan ni, beg jenis menyerap air tidak sesuai diguna. Jika terperangkap dalam hujan, basah habislah, mungkin sampai ke isi dalam. Jadi, kalau bertukar kepada beg kalis air seperti ini bagus juga. Selamat daripada basah.


Sebelah luar beg ada tulisan warna biru - "TUOUH", sebelah lagi kosong tanpa sebarang corak. Berwarna biru firus pada tali dan birai. Lapisan beg di dalam berwarna kuning dan berzip kemas.


Bahagian dalamnya, berlapiskan kain lembut dan berpoket.  Boleh disuai padan dengan pakaian warna biru firus dan kuning. Bayangkan apabila dipadankan, mesti bergaya kan?

HARGA RM48 + PosRM7 jumlah- RM55. Rasa-rasa berkenan tak? Sebenarnya dah ada pun yang teringin.. tetapi siapa cepat, dialah yang dapat!  Sms segera 013-3310221, mana tahu masih ada?



Thursday, September 26, 2013

Belajar Langsir.


Assalamualaikum,  nak cerita...

Belajar menjahit langsir dalam masa sehari? Anda mungkin tak percaya. Tak percaya akan pandai belajar dalam masa tujuh jam sahaja?  Belum cuba, belum tahu. Nak belajar, jangan mengambil masa lama ... ramai yang mengadakan kelas berbulan, iaitu sejam atau dua jam sahaja sekali belajar... pulak tu diadakan sekali seminggu, kalau macam ni macam manalah nak pandai, adalah lebih elok belajar intensif dalam masa sehari sahaja. Jadi pembelajaran berlangsung berterusan, mood dan tempo tidak terjejas.

Peringkat awal dulu, saya pernahlah belajar begitu ...selama dua bulan, dua jam sekali dalam seminggu, waduh.. terlalu lama jarak daripada satu kelas ke satu kelas...tak dapat apa ketika itu... sehinggalah bertemu dengan cikgu Saidah Yusuf, yang mengajar dalam masa sehari sahaja. Belajar dengan beliau senang sahaja, apatah lagi dengan adanya pola-pola langsir rekaannya.

Kini kami bergabung mengendalikan kelas untuk mereka yang mendambakan ilmu kemahiran jahitan langsir. Jika kelas ramai kami mengajar berdua, tetapi untuk kumpulan kecil saya akan mengajar sendiri. Waktu belajar dari jam 9.30 pagi hinggalah 5.30 petang... anda pasti boleh!

Yang perlu, hanya tumpuan sepenuh perhatian pada jenis-jenis langsir yang diajar. Rasa-rasa nak try tak? Kalau teringin, bolehlah sertai Bengkel Sanggar Busana & Langsir pada 5 Oktober (2013), ya..tidak lama lagi, bertempat di  Lot Kedai, Fasa 2 Taman Seri Gombak...pertanyaan lanjut mengenai bengkel dan arah haluan, hubungi 013-3310221.

Yuran tawaran: RM498 anda dapat belajar dan mendapat set 8 kertas pola langsir jenis, 
* royal scallop ukuran kecil, sedang besar.
* scallop bertindih
* scalop mudah
* swag
* bahu scallop dan
* box pleat
* aksesori


Mari kita selami kemeriahan kelas Jahitan Langsir dan Kraf Dekor yang lepas.


Sekali lagi, bertempat di sebuah pusat latihan di Bangi, berlangsung Bengkel Jahitan Langsir dan Kraf Dekor , dari 20 hingga 23 September lalu. Bengkel kali ini hadiri oleh seramai 27 peserta, antaranya dari Pahang, Kedah, Johor, Perak dan Kelantan. Seperti bengkel sebelumnya, peserta semuanya gigih ingin menimba ilmu kemahiran jahitan.



Lihat gelagat mereka di dalam kelas. Apabila terlalu banyak diajar dan perlu disiapkan pada masa itu, ada yang kelihatan sedikit tension, namun masing-masing tidak berputus asa, tetap juga ingin menyiapkan hasil kerja masing-masing. Tarrrraaaaar.... Inilah hasil jahitannya... bila dah siap, semya tersenyum puas!




Monday, July 29, 2013

Kelas Jahit Langsir seterusnya...

Assalamualaikum... seorang peserta nun jauh dari Sarawak dan seorang dari Perlis, sudah mengesahkan penyertaan dalam bengkel jahitan langsir untuk kumpulan kecil pada 24 Ogos nanti.. bagi yang berminat jangan lupa mengesahkan penyertaan. RM498 sahaja untuk mempelajari 10 jenis - langsir dan aksesori.. jangan lepaskan peluang sebelum tawaran harga berakhir.   013-3310221

Friday, July 19, 2013

Kelas Jahitan Langsir : Timba kemahiran dalam masa sehari!!!


Setelah lama bercita-cita untuk mengadakan bengkel khas untuk peserta perseorangan, akhirnya kami dapat mengumpul lima orang dari jauh dan dekat. Seorang peserta, Suraidah sanggup datang dari Kedah, yang lainnya dari sekitar Lembah Klang. Bengkel intensif berjalan dengan sempurna bertempat di Chamar Kreatif No 19, Jalan Seri Permaisuri 9, Bandar Seri Permaisuri, Kuala Lumpur. Lihat wajah gembira peserta-peserta ini.  (Selepas ini kelas diadakan di Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor. Hubungi 013-3310221 untuk keterangan lengkap).




Dari kiri: Sue (Kedah), Siti Zue (Setapak), Jasmah (Sungai Buloh) dan Saripah (Shah Alam) dan seorang lagi tidak termasuk pula dalam gambar ini... satu-satunya peserta lelaki, Khair. Bersedia  untuk memulakan latihan amali memotong kain mengikut pola scallop yang diberi.


 Dengan tersedianya pola untuk setiap jenis scallop yang dipelajari, kerja membuat menjadi lebih mudah dan pantas.

 Setelah menekap pola dan memotong kain, diikuti pula dengan langkah melipat lisu scallop dan menyusun.



Su yang sudah lama mengusahakan bisnes jahitan, mengambil inisiatif datang jauh dari Kedah ke Kuala Lumpur untuk menyertai bengkel bagi menambah ilmu dan kemahiran. Selama ini katanya dia hanya menyediakan scallop mengikut cara sendiri dan tidak pernah belajar.


Jasmah yang bekerja makan gaji, tidak ketinggalan ingin menceburi bidang jahitan langsir. Bagusnya bengkel ini, setiap orang yang datang belajar pasti akan menyelesaikan kerja jahitan. Itu yang baiknya kelas yang diadakan secara insentif sehari suntuk. Saya pernah menyertai kelas dua jam sehari, seminggu sekali untuk selama dua bulan... membazirkan masa, wang dan tenaga kerana apa yang pelajari tidak dapat diamalkan kerana tiada kesinambungan dan tiada jahitan amali dalam kelas!



Ini Sharipah. Ada satu cerita lucu pasal Sharipah ni, kerana terlalu ghairahnya nak belajar membuat langsir, dia datang seminggu lebih awal, pada ketika kelas belum diadakan.

"Hello, saya dah sampai ke stesen  Salak Selatan, nak pergi hala ke mana?" Terkejut beruk saya menerima panggilan itu,

"Eh, bukan hari ni... bengkelnya minggu depanlah," jawab saya.
 Haa sabarn saja dia.. tidak marah-marah sebab sendiri yang silap hari bulan...bahkan sambil ketawa dia menjawab..."Tak apalah sekurang-kurangnya saya dah tahu tempat dan macam mana nak  pergi ke tempat ni."



 Bukan main lagi Sharipah ni, pertama kali belajar dah bawah kain mahal... English Cotton harga puluhan ringgit semeter, tetapi dia bijak.. katanya ...sajalah saya beli yang mahal sebab bila siap nak pakai terus kat tingkap rumah. Memang betul, tengok hasil kerjanya - gambar bawah sekali.



 Jashmah dan Siti Zue.. sedang tekun melipat lisu scallop.


Sudah memotoang dan melipat lisu scallop, kini tibalah masa untuk menjahit... Khair menjahit sambil diperhatikan Cikgu Saidah.  Menurut Khair dia tak pernah menggunakan mesin jahit, tetapi bersungguh ingin belajar .. akhirnya dia berjaya juga membuat langsir seperti mana peserta lain.


 Maka bilikjahitan,,, riuh dengan bunyi enjin mesin..


 Khair sewaktu memotong kain




 Hasil lipatan lisu royal scallop dan bahu scallop oleh Khair


Taraa..... Hasil kerja Saripah sudah ditayangkan pada tingkap rumahnya. Kreatif pula dia memadankan dua warna kain.


Teringin mencari hasil pendapatan tambahan dengan menjahit langsir? Marilah kita belajar....

Bagi yang berminat, jangan terlepas penyertaan dalam bengkel seterusnya, dicadangkan Sabtu 24 Ogos atau 31 Ogos... Sila PM untuk menyatakan minat penyertaan. Ada berkata yuran sangat berbaloi, RM498 untuk belajar 10 item. 

Bagi yang dah pandai membuat langsir dan ingin membuat pelbagai lagi jenis, boleh beli set pola langsir berharga RM150 untuk set 8 kertas pola langsir. Untuk anda tekap, potong dan jahit!


HUBUNGI 013-3310221 UNTUK PERTANYAAN KELAS LANGSIR SETERUSNYA.
Pertanyaan lanjut:   013-3310221

Friday, April 26, 2013

Belajar Langsir

Assalamualaikum, 



Selepas berjaya dengan bengkel kumpulan kecil pada 6 Julai lalu, kini akan diadakan satu lagi bengkel pada 24 atau 31 Ogos.  

Jika kami ada halangan pada 24, akan ditetapkan pada 31 Ogos. Take not kedua-dua tarikh ini dulu ya.. 





Peluang keemasan untuk tambahkan ilmu jahitan langsir.
Tempah tempat untuk kursus di Chamar Kreatif, No 19, Jalan Permaisuri 9, Bandar Seri Permaisuri, Kuala Lumpur. (Berhampiran Maybank) dan stesen LRT Salak Selatan. Pilihan tempat yang kedua adalah di Gombak, alamat akan diberitahu kemudian....


Klik gambar di bawah untuk keseluruhan info.



Bayaran untuk bengkel jahitan langsir di atas RM498, peserta akan mendapat set 8 pola langsir bernilai RM140, peralatan disediakan untuk  belajar 10 item langsir dan aksesori.

Peserta hanya perlu membawa
kain  langsir bidang 60 inci sebanyak 12 meter.

Cara untuk pengesahan tempat dalam bengkel.
  • 1. Masukkan wang penuh atau separuh dulu ke dalam akaun Maybank: 164155475448
    (Rashidah bt Ibrahim)

    2. Maklumkan kepada saya dgn sms kepada 013-3310221 dan bawa slip bayaran semasa daftar di tempat bengkel untuk bayar baki atau lebih selamat emel slip bukti bayaran tempahan tempat kepada polalangsir@gmail.com sebagai rekod.

    3. Bawa kain langsir dalam 13 meter..alat lain kami sediakan.

    4. Item langsir yang akan diajar, Royal scallop - tiga ukuran, Scallop Mudah, Scallop Bertindih, Bahu Scallop, Swag, Box Pleat, Bow langsir dan Roset.

    5. Jumpa nanti, terima kasih!

FB Sanggar Busana & Langsir    
https://www.facebook.com/pages/Sanggar-Busana-Langsir/142174149155647

Bengkel kendalian  Sanggar Busana & Langsir

Gambar memaparkan kemeriahan bengkel jahitan langsir yang kami uruskan. Sesiapa yang tidak pernah membuat langsir, dengan mengguna pola daripada Set 8 pola langsir & Nota panduan jahitan yang disediakan, setiap peserta pasti balik dengan beberapa keping langsir siap




Sebahagian daripada kepingan jenis pola/dasar/paten langsir scallop dan box pleat yang disediakan untuk ditekap pada kain, potong dan jahit! Tidak payah pening memikirkan bagaimana hendak menandakan lisu lipatan scallop kerana garis tanda ada pada kertas pola. Anda hanya perlu tekap pada kain, potong, lipat lisu dan jahit. Jadi dapatkan dulu set Kertas Pola Langsir yang disediakan - 8 jenis pola langsi  RM140:  013-3310221

                               Sebaik mendapat kertas pola, mereka gigih menekap pada kain. Seramai 30 peserta mencuba bakat masing-masing. Semuanya berjaya menghasilkan langsir dengan bantuan pola yang disediakan.

                                     
                                          Masing tekun, memberikan tumpuan sepenuh perhatian

           
                                                     Sambil menjahit sambil berbincang.

                                             
                                       Asyiknya memotong kain sampai dibentangkan di atas lantai jubin.

                                                    Proses melipat lisu royal scallop

                                           
                                           Kini  percubaan membuat langsir Box Pleat pula.

                                           
                                      Wau... sudah siap melipat lisu box pleat, dengan kemasnya.

.

                                  Inilah hasil Royal scallop, lisunya kemas terletak, hasil bantuan kertas pola yang disediakan dan diguna oleh setiap peserta.  Ada pelbagai jenis pola langsir, box pleat dan pelmet disediakan untuk kemudahan anda membuat aneka jenis langsir. Apa lagi, jangan sampai kehabisan stok!!!
013-3310221.


Membuat Langsir Swag


Assalamualaikum buat peminat kerja tangan jahitan langsir, dengan ikhlas saya memaparkan sedikit perkongsian ilmu mengenai cara untuk membuat kepala langsir jenis swag.

Berikut ditunjukkan cara melipat lisu scallop jenis SWAG.  Dapatkan set pola langsir yang dijual bersekali nota asas panduan jahitan untuk kemudahan membuat aneka jenis langsir scallop.
 Pertanyaan lanjut 013-3310221.


                                   1.   Lipat kain secara tiga segi (45 darjah) dan tekap pola.

       
                           2.   Agar kedudukan tidak bergerak, sematkan pin pada pola dan kain.

                                                 
                                                         3.  Potong kain mengikut pola.

             
              4.  Buat tanda garis lisu dengan mengunting sedikit di bahagian tepi pola dan kain.



5.  Cabut pin dan ketepikan pola. 


6. Buka kain yang dilipat dua tadi dan potongan kain akan terbentuk seperti ini. Tanda garis lisu yang digunting sedikit tadi akan kelihatan di birai kiri dan kanan kain. 


                   7. Mengikut tanda garis lisu, lipat kain ke atas satu persatu di birai kiri dan kanan.
       
                                               
                                                          8. Lisu scallop swag selesai dilipat.

                                             
                                                              9  Beginilah bentuk swag.


10.  Setelah selesa membentuk kepingan swag, teruskan dengan langkah mencantum dan memasang bahu scallop. 




Set 8 pola langsir scallop (i).

*  Pola Royal Scallop ukuran kecil, sederhana, besar
* Pola scallop mudah
* Pola scallop bertindih
* Pola bahu scallop
* Pola swag
* Pola box pleat
RM 140

----------------------------------------------------------

Set 8 pola langsir scallop (ii)

* Pola Royal Scallop 2 ukuran
* Pola Pelmet 3 rekan
* Scallop panjang
* Loose scallop
* Bahu scallop
Harga RM140

Pertanyaan lanjut:  013-3310221

Saturday, April 20, 2013

Welcome & Toilet


Hiasan gantungan Set of 2 pc: "Welcome" and "Toilet":    RM34

                                              "Welcome"   19cm width/lebar   -  RM18 - 1pc


                                                        "Toilet"  18 cm width/lebar  RM18 - 1 pc